Saturday, September 17, 2011

READ jerr laa


butiran mutiara kelihatan di kelopak mataku tatkala melihat tubuh itu,
tubuh itulah yang menjadi madu bagiku,
tubuh itu jugalah yang menjadi duri di dalam dagingku,
tubuh itu senantiasa membuatku mengalirkan air mata,
tubuh itu jugalah yang membuatkan aku tersenyum gembira.
namun,
aku terfikir,
mengapa tubuh itu harus meninggalkan aku?
mengapa tubuh itu harus menjauhi aku?
mengapa tubuh itu perlu pergi?
mengapa tubuh itu tidak membawaku bersama?
mengapa tubuh itu tidak membimbingku  menggengam ijazah bersamanya?
mengapa tubuh itu tidak membawaku merantau ke seluruh pelosok dunia bersamanya?
mengapa?
pelbagai persoalan mula timbul di benak fikiranku.
lama-kelamaan,
aku menjadi putus asa.
aku berhenti berfikir.
aku berhenti mengharap.
aku berhenti mengalirkan air mata.
aku nekad.
aku harus menggengam ijazah sepertinya.
supaya aku dapat merantau ke seluruh pelosok dunia bersamanya.

No comments:

Post a Comment

Followers